MENGENANG TOKOH BERJASA DARI P.PINANG -CIKGU MOHD NOOR AHMAD

Cikgu Mohd Noor and Zaaba                                                          zaaba

MENGENANG TOKOH BAHASA DAN BANGSA YANG MENINGGALNYA DI RUMAH BIASA DI TAMAN BROWN PULAU PINANG 

CIKGU MOHD NOOR AHMAD SEBUAH NAMA YANG SANGAT TERKENAL SEPANJANG TAHUN 1950an. Ketika itu perjuangan guru guru Melayu yang diketuainya sedang marak dan sangat ketara. Beliau menjadi  Yang Dipertuanya. Cikgu Mohd Nor terlibat dalam politik UMNO untuk memperjuangkan kemerdekaan.Justeru dalam mengisi kemerdekaan beliau mahu Bahasa Melayu didaulatkan. BM dijadikan bahasa rasmi dan kebangsaan Malaya merdeka. BM dilaksanakan menjadi bahasa pengantar dalam sistem persekolahan negara pasca bebas daripada penjajahan atau kolonialisme.

Itulah perjuangan Cikgu Mohd Noor Ahmad, seorang guru keluaran SITC sebelum perang dunia kedua. Gelarannya yang diberi oleh masyarakat P.Pinang ialah Cikgu Mohd Noor bakul. Beliau menggerakkan tenaga guru-guru Melayu menyokong UMNO sepenuhnya demi mencapai cita-cita tersebut.Cita cita tersebut  diperjuangkannya dengan gigih  sebelum dan sesudah merdeka. Digerakkan tenaga guru guru dan  massa sepenuhnya untuk melaksanakan Kongres BM 1, 2 dan 3.Kongres tersebut  berlangsung pada tahun 1952, 1954 dan menjelang MERDEKA 1956. Tujuan kongres tersebut ialah untuk mempersiapkan BM menjadi bahasa rasmi negara yang akan merdeka. Kerajaan menerimanya dengan menyediakan PENYATA RAZAK sebagai perakuan dan langkah bagaimana penyata tersebut dilaksanakan.Ia menjadi asas pelaksanaan  DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN. Itulah kegigihan Datuk Mohd Noor. Hanya guru sekolah rendah kelulusan darjah 6 Sekolah Melayu. Ini tidak bererti kurang kemampuan intelektual dalam menghadapi tentangan zaman. Juga dalam menghadapi puak sekular dan intelektual pro barat yang cenderung kepada BI dalam menimba ilmu.Mereka kurang yakin dengan kemampuan bahasa Melayu bahasa ibunda untuk diangkat tarafnya menjadi bahasa ilmu.

TUNKU DAN CIKGU MOHD NOOR 1

CIKGU MOHD NOOR BERSONGKOK DI SEBELAH KANAN TUNKU ABDUL RAHMAN. DI SEBELAH KIRI BELIAU BERSERBAN TUAN HJ MANSOR JP

Namun beliau kecewa  selepas MERDEKA apabila Dasar Pelajaran Kebangsaan  dilambat lambatka dan hampir tidak berjalan. Persekolahan  menengah Melayu tidak dilaksanakan. Terhenti setakat darjah 6 sahaja.Sama sebagaimana  sebelum merdeka, di mana penjajah Inggeris menyekatnya daripada meningkat ke peringkat sekolah menengah. Sekolah menengah hanya terbuka untuk pengantar Inggeris sahaja. Cikgu Mohd Noor berani memberi kata dua kepada para pemimpin tertinggi UMNO. Jangan mengkhianati keputusan kongres BM dan Dasar Pelajaran Kebangsaan.Mahu atau tidak persekolahan menengah Melayu mesti dimulakan.

Guru guru Melayu yang menjadi tunjang dan jentera penggerak UMNO akan bertindak termasuk keluar daripada UMNO jika Dasar Pelajaran Kebangsaan terhenti sekadar dasar tanpa pelaksanaan. Akibatnya kerajaan memulakan persekolahan menengah Melayu pada tahun 1959. Itu pun selepas UMNO kalah di dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu. Itulah perjuangan dan pengorbanan Datuk Haji Mohd Noor. Beliau telah dipecat   daripada UMNO kerana pendiriannya yang tegas dan jitu demi memartabatkan BM di negaranya.Risiko itu diterimanya dengan tenang.

Sebelumnya semasa kongres BM 1, begitu tinggi kedudukan Cikgu Mohd Noor. Beliau diberi penghormatan meletakkan songkok PENDITA di atas kepala Zaaba seorang tokoh dan pengkaji BM yang paling terkenal pada masa itu .

Di P.Pinang cikgu Mohd Noor Ahmad dapat penghargaan.

PENGHARGAAN BUATNYA IALAH  SEBUAH SEKOLAH DINAMAKAN DENGAN NAMA BELIAU. SEBUAH SEKOLAH  MENENGAH DI GELUGOR TELAH DINAMAKAN DENGAM BELIAU. DINAMAI SEKOLAH MENENGAH   DATUK HAJI MOHD NOOR AHMAD.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *