RAJA KAMARUL BAHARIN – PEMIMPIN HARAPAN YANG HARUS DIPERHATIKAN

index

Kini beliau adalah ahli parlimen Kuala Terengganu. Menang atas tiket PAS dalam PRU 2013. Akibat krisis dalaman PAS, beliau telah menyebelahi PAKATAN HARAPAN. Raja Kamarul Baharin menjadi pengerusi Parti Amanah Negara.

Tindakkannya memberi harapan kepada PAN untuk bertapak di Terengganu. Latar belakangnya adalah seorang profesional dalam seni bina.Sangat menyintai seni bina tradisional dan warisan rakyat. Beliau sangat peka terhadap usaha melestarikan warisan Melayu yang terabai selama ini. Berikut diperturunkan kenyataan beliau yang bernas. Daripadanya kita akan menelusuri dan memahami pemikiran, semangat -tekad dan hala tuju tindakkan beliau dari segi politik dan budaya. Beliau salah seorang pemimpin  terhebat yang memberi tumpuan, harapan terhadap masa depan umat Islam di Malaysia. Apakah prinsip hidupnya?

  1. Berasaskan kata  TGNA, Kita mesti beramanah terhadap apa yang kita buat. Apabila orang lantik kita,  jawatan kita terima atas amanah, lakukan sebaik baik. Saya terpaksa keluar PAS kerana sewaktu terima jadi calon atas konsep rahmatan lilalamin. Kita bukan sahaja jaga orang Melayu dan orang Islam. Kita jaga semua di negara majmuk ini.
  2. Kecenderungan saya terhadap rakyat bermula di zaman sekolah.Saya banyak bersama kawan daripada keluarga susah.Daripadanya timbul kesedaran saya terhadap politik untuk membantu mereka.
  3. Saya dapat asuhan hidup daripada datuk, Sultan Nasiruddin Shah YDA ke 4.Kata datuk ” Kalau datuk tinggalkan duit banyak mana pun kepada cucu duit itu tak berguna kerana suatu hari akan habis.Tapi kalau kamu pandai cari ilmu,ilmu akan kekal dengan kamu sampai bila-bila.Pesanan itu saya perturunkan kepada anak- anak.
  4. Perjuangan saya dari tahun 1980an hingga kini adalah menyelamatkan bangunan bersejarah.Di Malaysia ada perlbagai warisan seperti Belanda, Melayu, Jawa, Bugis.TAPI ORANG KITA TAK AMBIL BERAT SEMUA ITU.Saya bersama Tan Sri Mubin Sheppard menubuhkan Badan Warisan Negara.
  5. Apakah penanda bukti kejayaan  penglibatan dalam memulihara dan melestarikan tapak warisan Melayu ? Di Terengganu kami berjaya selamatkan Istana Tengku Long yang  dipindahkan dari Besut ke Kuala Terengganu di atas tapak Muzium Kuala Terngganu seluas 24.3 hektar.istana01
  6. Kepada para pelajar seni bina kenali seni bina kita ,kampung dan warisan sebelum belajar seni bina orang lain. Apabila kita memulihara bangunan lama ,mengkaji dan menghayati,maka dengan sendiri kita menyerap roh sejarah lama di dalam hati sanubari.Jadi senang cari ilham untuk tonjolkan dalam pembangunan.
  7. Kita banyak kelemahan mengenal sejarah . Kita hanya menghafal sejarah untuk lulus peperiksaan tetapi tak ada penghayatan.Golongan muda mencari-cari sesuatu.Tak boleh salahkan mereka kerana kita tonggalkan terlalu sikit untuk mereka.
  8. Para siswa harus bijak imbangi pelajaran dengan perjuangan agar masa depan tidak jejas.Mereka yang mahu ceburi dunia politik ,perlu ada asas untuk cari makan keluarga.Politik memang memerlukan pengorbanan besar termasuk kewangan.Saya kagumi sikap mereka yang berani dan  celik maklumat .Apa jua rintangan dan cabaran dihadapi, apa yang penting kita lakukan untuk kebaikan umum.Hidup tak akan bermakna tanpa menyumbang.Setiap manusia diberi kelebihan cara masing masing.
  9. Kawalan ketat ke atas siswa di kampus ,mereka digantung dan dibuang atas arahan pihak berkuasa melahirkan golongan siswa yang pekak, buta dan tuli dengan isu semasa.
  10. Anak muda penting dan berhak mengetahui hal POLITIK semasa kerana mereka bakal pemimpin masa depan.                                                                                        PEMBANGUNAN WARISAN – Ada penegasan dan kenyataan daripada kerajaan tetapi tak ada tindakan yang berkesan dan menyeluruh  untuk melaksanakan pelestarian warisan sebagaimana yang sepatutnya.

WARISAN ialah sesuatu yang diterima oleh seseorang atau sekelompok masyarakat daripada generasi yang terdahulu.Ia menggambarkan memori daripada seluruh kehidupan yang melengkapkan ketamadunan sesuatu bangsa – Datuk Dr Rais Yatim Menteri Kebudayan,Kesenian dan Warisan Negara 2005.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *