PKR ADAKAH MEMILIKI KEPIMPINAN KUAT -BOLEH DIHARAP DI PERINGKAT KERAJAAN NEGERI P. PINANG ?

KEPIMPINAN mesti diterjemahkan dengan jelas. Adakah berkesan atau lemah ? Adakah menjadi rahmat atau keparat. Ikhlas atau penuh sandiwara dan pura-pura. Masa peralihan kuasa daripada UMNO – BN ke PR /Pakatan Harapan telah 7 tahun berlalu. Satu tempoh yang sepatutnya menyaksikan peralihan struktural.

Namun kehidupan dan peluang rakyat untuk memiliki keperluan yang paling asas seperti rumah mampu milik  tidak banyak terbuka. P.Pinang dilanda gelombang pembangunan mewah untuk pasaran terbuka  seluas luasnya. Peluang untuk rakyat menyertai pembangunan  semakin mengecil. Di mana mana berjalan dari Teluk Kumbar ke Teluk Bahang, rakyat kian terperuk dan hilang daripada petempatan asal. Pembangunan mewah mengambil tempat . Rakyat tidak mampu membelinya lagi. Mereka ditolak oleh gelombang pembanguann mewah dan komersial. Negara maju tetapi rakyat terhalau daripada medan pembangunan. Para pemimpin seperti kurang kepedulian.

Kenapakah pembangunan yang seimbang  tidak berlaku ? Ada bahagian untuk golongan kaya dan ruang dan  tempat untuk rakyat sederhana. Yang terjadi ialah rakyat seperti anak ayam kehilangan ibu.Mereka terkontang kanting tanpa kepedulian ibarat golongan pariah yang dipandang hina ibarat golongan pengacau di bawah kaca mata kerajaan dan pemimpinnya. Apa boleh buat tanah tempat rakyat duduki telah dibeli pemaju.Kerajaan tidak ada kuasa. Lerajaan tidak boleh buat apa-apa. Ini bukan tanah kerajaan. Kalau tanah kerajaan pula ia diserah kepada swasta atau pun dijual untuk mengisi perbendaharaan kerajaan seperti yang berlaku ke atas tanah PDC di Bayan Mutiara.

Pemerintah seperti membiarkan nasib rakyat ditangan pemaju dan mahkamah menentukannya. Akibatnya mereka menjadi mangsa pembangunan.Terlihat kerajaan lebih banyak menyebelahi pihak yang kuat iaitu pemaju dan meninggalkan rakyat yang tidak berkudrat untuk menghadapi pemaju. Kampung Mutiara tunggu masa untuk dinyahkan.Begitu sisa-sisa kampung yang lain.Tunggu masa  penduduk asalnya  dilenyapkan daripada zon pemajuan bernilai ratusan Rm 1 kaki persegi.

Akibatnya satu demi satu perkampungan penduduk asal yang tinggal zaman berzaman menjadi mangsa pembangunan.Pihak pemimpin dan kerajaan negeri berlepas tangan. Rakyat  tidak dapat pembelaan yang adil. Sedangkan kerajaan negeri boleh menetapkan dasar bahawa pembangunan tidak boleh diluluskan tanpa menyelesaikan masalah rakyat di tapak asalnya seperti kes Kampung Buah Pala. Dasar menjadi flip flop apabila melanda kampung kampung penduduk asal.Rata-ratanya Melayu. Kes Kampung Siam di Kelawai Kerajaan negeri menyediakan peguam. Kerajaan negeri mempunyai peranan.  Kenapakah dasar tidak menyeluruh.Dasar sangat berpilih pilih. Belaku diskriminasi.

Pilihan terbaik   ialah menerusi campur tangan kerajaan dan pemimpin, pembelaan buat rakyatnya.Justeru jika tidak pemimpin siapa lagi  yang boleh diharapkan ? Adakah pasaran terbuka dan pemaju ? Sungguh inilah peninggalan dasar pembangunan warisan zaman Mahathir yang menjadi ikutan kerajaan negeri di Pulau Pinang kini. Meski pun mulut pemimpin menyatakan kebencian kepada BN namun dasar yang diikuti tidak ada bezanya.Malahan lebih lagi. Kata dulang paku serepih kata orang kita yang lebih.

 

SIRI KE 2 TOKOH TOKOH PULAU PINANG :

HAJI SALLEH MASRI TOKOH PENGASAS DAN PENGGERAK MADRASAH AL MASRIAH BUKIT MERTAJAM

TUAN GURU HAJI SALLEH MASRI (1875-1971)

HAJI SALLEH MASRI  berasal dari Rasah negeri Sembilan pada tahun 1875. Nama sebenarnya ialah Mohd Salleh bin Baki. Perantauan ilmunya panjang. Dari NS ke Sumatera, kemudian ke Sg Dua  dan Padang Lalang di Seberang Prai. Kemuncak perantauan ilmunya  di universiti Al Azhar, Mesir. Beliau antara anak Melayu yang pertama mengaji di sana.Sempat berguru dengan Shaikh Muhammad Katib, ulama tersohor dunia Melayu dari Alam Minangkabau yang menerima tiupan aliran pembaharuan Shaik Muhammad Abduh.

Peliknnya bagaimana Haji Salleh boleh menetap di P.Pinang, sedangkan beliau anak Negeri Sembilan ? Setelah ayahandanya yang menyokong perbelanjaan meninggal dunia pada tahun 1903, beliau ditawarkan bantuan oleh seorang hartawan Haji Abbas bin Haji Othman dari Bukit Mertajam. Haji Abbas bukan sekedar membantu malahan menjadi bapa angkatnya.Kemudian menjadi mertua setelah Haji Salleh dikahwinkan dengan anak perempuan Hajah Saadiah.

Hasil gabungan tenaga ulama dan hartawanm,  Madrasah Al Masriah ditubuhkan dan menjadi institusi sekolah agama yang terkenal di utara Semenanjong Tanah Melayu. Lebih nyata peranannya apabila madrasah ini menjadi tempat gerakan atau markas politik Parti Islam atau PAS di peringkat awalnnya. Apa kata Sheikh Salleh Masri mengenai politik Islam :

   Tak ada  politik,  Islam   boleh mampuih

Masudnya bila tak ada politik Islam, syariat  Islam tidak akan tegak dan agama Islam akan pupus.Ada serupa tiada.Begitu pandangan tajam Tuan Guru Haji Salleh Masri tentang masa depan Islam di Tanah Melayu .

KHAZANAH WARISAN BANGSA : APA YANG SHAIKH ABDULLAH TINGGALKAN BUAT KITA ?

SIRI 1 – TOKOH TOKOH  NEGERI PULAU PINANG HAJI ABDULLAH FAHIM

Sheikh Abdullah Fahim telah meninggalkan kita melebihi setengah abad ( 1961- 2015 ), sekitar 54 tahun lalu.Beliau lahir pada tahun 1869 dan meninggal ketika berusia lanjut , 92 tahun. Seorang ulama yang menyaksikan pergolakan politik di dunia Islam. Kajatuhan daulah dan khilafah Islam terakhir  Turki Usmaniah   pada tahun 1925. Naiknya  Kerajaan Saudi sebagai kuasa baru memimpin dunia Islam. Bagaimana daulah Saudi Arabia terbentuk ? Terbentuk hasil  sokongan dan dokongan padu Inggeris, menerusi peranan  agennya Lawrence of Arabia.

Di Tanah Melayu setelah kembali dari Mekah beliau menubuhkan sekolah agama DMW Daeratul Maarif Wataniah. Di peringkat awal, ulama tersohor ini menjadi tenaga pengajar penting sekolah agama yang digerakkannya di Kepala Batas. Haji Abdullah Fahim dibantu oleh anaknya Haji Abdullah Badawi dan murid kesayangannya Haji Abdul Halim. Beliau menjadi penyokong kuat UMNO menuntut kemerdekaan. Namanya paling dikenang sebagai tokoh yang menetapkan tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Hasil tilikan falaknya tarikh itu diumumkan dari rumah beliau di Kepala Batas, Seberang Prai Utara.

Beliau seperti kebiasaan orang orang alim tidak banyak meninggalkan  harta. Yang ditinggalkannya hanya  pesan pesan yang berharga buat bangsanya. Amanat dan peringatan  buat bangsanya selepas merdeka.

Di bawah ini diperturunkan amanat beliau buat pemimpin dan umat Melayu. Tujuannya terutama kepada pemimpin supaya tidak  mudah hilang pedoman dan khianat terhadap amanah rakyat yang sedang digalasnya. Antara mutiara amanat beliau yang berharga ialah :

Pondok Syeikh Abdullah Fahim

Orang orang Islam perlu memperbaiki perselisihan sesama mereka.Setelah berdamai perpaduan itu diharapkan akan berkekalan .Inilah satu satu senjata yang boleh menguatkan kedudukan orang Islam dan orang Melayu.

Orang Melayu wajib berjuang kerana bangsa tetapi KEBANGSAAN TAK BOLEH ISLAM

Kalau orang Melayu beragama Islam mengkhianati bangsa , negara dan agama, Allah akan gantikan bangsa lain beragama Islam menjaga tanah air kita.

Sesiapa ya g berjuang dengan nama Allah dan niat yang baik ,sentiasa dalam keredhaan Allah .Sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai oleh Allah , akhirnya menjadi hina.

Kesimpulannya bagi para  pemimpin yang mendakwa  berjuang kerana AGAMA, BANGSA dan NEGARA hayatilah apa yang berlaku kini di negara kita setelah 57 tahun merdeka.

 

ASAL NAMA TANJONG TOKONG : BUKAN TOK KONG TETAPI TOKONG

APA NAMA TANJONG TOKONG YANG DITERJEMAHKAN DI             PERINGKAT NASIONAL DAN ANTARABANGSA.

tg tokong 1

GAMBAR TANJONG TOKONG DI MUZIUM NEGERI PULAU PINANG

Mereka menerjemahkannya sebagai CAPE OF THE TEMPLE maksudnya TANJONG BERHALA.Mengapa ? Wujudnya sebuah Tua Pek Kong China di hujung Tanjong Tokong.Kononnya daripada situlah ia mendapat nama. Benarkah begitu ?

Kalau begitu kenapakah nama itu dibubuh sekerat Melayu sekerat China. Mesti ada misterinya begitu.Ada rahsia yang tersimpul disebalik itu yang belum terungkai dan diketahui.

Tempat ini asalnya sebuah kampung nelayan Melayu tradisi.Bukan sahaja masyhur di P.Pinang malahan di Malaya. Cari dalam peta terawal P.Pinang mana ada tempat yang ada nama China. Nama-nama yang tercatat berasal dari nama Melayu. Bermakna petempatan China hanya muncul selepas kedatangan Inggeris yang membawa masuk kaum imigran.

TG TOKONG 2

P.Pinang adalah wilayah kesultanan Kedah.Mana mungkin orang luar di benar masuk lalu bebas membuat perkampungan tanpa keizinan sultan atau penghulu.

Jadi dari mana muncul nama TANJONG TOKONG.Lihat dari segi nama ini adalah sebuah penamaan yang bersifat alami atau geografi. TANJONG bermaksud sekujur tanah yang mengunjur ke laut. Apa pula TOKONG ? TOKONG bukan TOK KONG bermaksud kawasan yang dipenuhi kumpulan bongkah  bebatuan tongkol yang besar .Ini adalah perkataan Melayu. Perkataan yang dekat dengannya ialah TUKUN. Masih ragu-ragu dan kurang percaya mari lihat gambaran dan suasana Tanjong Tokong .

WARISAN MELAYU DI P.PINANG : ADAKAH TKM 1 RASHID HASNON ADA HATI BUAT MENJENGUKNYA !

Kampung Warisan Melayu dihapuskan di Pulau Pinang.!

KAMPUNG BATU UBAN TUNGGU MASA UNTUK DILENYAPKAN – PEMBANGUNAN KOMESIAL YANG MENGHIMPIT

SELAMATKAN BATU UBAN – TAPAK WARISAN DAN PERADABAN MELAYU PULAU PINANG

PROF AHMAD MURAD MERICAN adalah pengkaji sejarah awal P.Pinang sebelum pendaratan Francis Light pada tahun 1789.Beliau  telah mengeluarkan sebuah buku   “BATU UBAN SEJARAH AWAL P.PINANG”. BUKU INI SEBUAH KARYA PENTING

Sebuah penemuan yang  membuktikan kewujudan Batu Uban sebagai pelabuhan pertama sebelum kemunculan George Town. Apa harapan kita terhadapnya terhadap kelahiran karya yang bersejarah ini . Karya yang mencabar sejarah rekayasa penjajah.

Sekurang kurangnya khalayak P.Pinang mengharapkan  tindak balas daripada pihak pimpinan kerajaan negeri P.Pinang terhadap usaha anak negerinya. Sebuah karya yang menolak sejarah ciptaan  penjajah bahawa tidak ada apa pun peradaban di P.Pinang sebelum ketibaan penjajah.

Nampaknya para pemimpin Melayu dalam PKR langsung  ada tindak balas terahadap penemuan itu. Sungguh !  Adakah mereka terlalu sibuk dengan urusan kerajaan. Agenda  mesyuarat, perasmian, lawatan dan politik dalaman. Langsung tidak ada ruang masa untuk menjenguk satu pemaparan yang penting mengenai sejarah dan warisan bangsa.  Lebih-lebih lagi di P.Pinang warisan penjajah dan kaum imigran mendapat tempat yang istimewa.

Kedudukan penduduk asalnya terpinggir dalam segala segi. Pembangunan terpinggir dan warisannya bukan saja tercicir malahan dihapuskan begitu mudah tanpa maaf. Tepat kata Tun Mahathir ketika mencerap sikap bangsa bahawa MELAYU MUDAH LUPA ! Lupa sejarah, rupa bangsa, lupa janji, lupa identiti dan lupa segalanya untuk survival membela golongan anak negeri yang paling teraniaya.



RH

ASAL NAMA TELUK KUMBAR -KUMBAR ITU MAKSUDNYA APA

Datuk Haji Idris Al Jauzi semasa berceramah di Kuala Sungai Teluk Kumbar dalam satu majlis PKR  “APA KHABAR ORANG KAMPUNG ?

“Beliau  telah bertanya APA SEBAB NAMA TEMPAT INI  TELUK KUMBAR ? Ini menunjukkan keperihatinan beliau terhadap suasana tempat ia berceramah. Keperihatinannya terhadap sejarah dan asal usul sesuatu tempat.

Datuk Hj Mohd Idris JusiMP  BATU PAHAT JOHOR DATUK IDRIS AL JAUZI

Teluk semua orang faham. Kawasan tepi laut yang keadaannya mengunjur ke dalam. Berlawanan dengan tanjong yang mengunjur keluar.

KUMBAR adalah sejenis pokon keluarga palma. Pokok ini daripada spesis yang sama dengan asam kelubi atau disebut juga buah salak. Ini ruapanya pokok dan buah KUMBAR. Dahulunya bagitu banyak tumbuh di teluk apa yang kita namakan kini sebagai TELUK KUMBAR.

Teluk Kumbar mendapat nama daripada rimbunan pokok kumbar, sejenis palma yang mempunyai pelepah yang berduri tajam dan buahnya juga mempunyai bilah-bilah nipis duri tajam yang rapuh pada kulit ( sebagaimana buah salak). Buahnya berwarna kemerahan ketika masak dan masam rasanya. Rimbunan pokok ini mengisi ruang tanah di bahagian tengah dan bukit yang memerlukan ketabahan yang tinggi untuk menerokanya.

Teluk Kumbar terdiri dari sebuah telukan laut yang menganjur dari Sungai Batu ke Kampung Nelayan, kira-kira 3 kilometer panjangnya. Terdapat beberapa telukan kecil yang lain di Pasir Belanda dan Gertak Sanggul yang secara keseluruhannya menjadikan garis pantai nya sepanjang lebih 10 kilometer.

BUAH KELUBI ATAU SALAK

POKOK KUMBAR INI RUPANYA

Garis pemisah menjadi umat / warga negara yang baik dan sebaliknya

Surah 3. Al-i’Imran, Ayah 104

Al-Qur’an Grammar      Prev      Go   Next
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Asad : and that there might grow out of you a community [of people] who invite unto all that is good, and enjoin the doing of what is right and forbid the doing of what is wrong: and it is they, they who shall attain to a happy state!
Malik : Let there arise from among you a band of people who should invite to righteousness, enjoin good and forbid evil; such are the ones who shall be successful.
Pickthall : And there may spring from you a nation who invite to goodness, and enjoin right conduct and forbid indecency. Such are they who are successful.
Yusuf Ali : Let there arise out of you a band of people inviting to all that is good enjoining what is right and forbidding what is wrong; they are the ones to attain felicity. 431 
Transliteration : Waltakun minkum ommatun yadAAoona ila alkhayri wayamuroona bialmaAAroofi wayanhawna AAani almunkari waolaika humu almuflihoona

DATUK HJ AZMI MERICAN MENINGGAL DUNIA

dato-azm-150i1Info terkini yang diterima daripada ahli PEMENANG, Persatuan Melayu P.Pinang memberitahu :

Datuk Hj Azmi Merican Penimbal Presiden PEMENANG telah meninggal dunia semalam dan akan dikebumikan di awal pagi Ahad ini. Mayatnya kini berada di rumahnya di no 44, Lorong Delima 14, Island Glades Gelugor P.Pinang.

Beliau lebih dikenali dengan nama panggilan Bab, seorang yang berbudi bahasa. Antara pemimpin dan penggiat UMNO P.Pinang yang terkenal. Beliau bergerak dalam bahagian penerangan. Masa pesta di Padang Tambun tahun 1960an, Hj Azmi adalah antara juru acara yang sangat terkenal. Beliau adalah sahabat baik Datuk Hj Yusuf Latiff. Pernah menjadi SU Kerja UMNO P.Pinang . Kematiannya adalah kehilangan besar kepada Melayu P.Pinang terutama untuk Melayu Tanjong.

MENGENANG TOKOH BERJASA DARI P.PINANG -CIKGU MOHD NOOR AHMAD

Cikgu Mohd Noor and Zaaba                                                          zaaba

MENGENANG TOKOH BAHASA DAN BANGSA YANG MENINGGALNYA DI RUMAH BIASA DI TAMAN BROWN PULAU PINANG 

CIKGU MOHD NOOR AHMAD SEBUAH NAMA YANG SANGAT TERKENAL SEPANJANG TAHUN 1950an. Ketika itu perjuangan guru guru Melayu yang diketuainya sedang marak dan sangat ketara. Beliau menjadi  Yang Dipertuanya. Cikgu Mohd Nor terlibat dalam politik UMNO untuk memperjuangkan kemerdekaan.Justeru dalam mengisi kemerdekaan beliau mahu Bahasa Melayu didaulatkan. BM dijadikan bahasa rasmi dan kebangsaan Malaya merdeka. BM dilaksanakan menjadi bahasa pengantar dalam sistem persekolahan negara pasca bebas daripada penjajahan atau kolonialisme.

Itulah perjuangan Cikgu Mohd Noor Ahmad, seorang guru keluaran SITC sebelum perang dunia kedua. Gelarannya yang diberi oleh masyarakat P.Pinang ialah Cikgu Mohd Noor bakul. Beliau menggerakkan tenaga guru-guru Melayu menyokong UMNO sepenuhnya demi mencapai cita-cita tersebut.Cita cita tersebut  diperjuangkannya dengan gigih  sebelum dan sesudah merdeka. Digerakkan tenaga guru guru dan  massa sepenuhnya untuk melaksanakan Kongres BM 1, 2 dan 3.Kongres tersebut  berlangsung pada tahun 1952, 1954 dan menjelang MERDEKA 1956. Tujuan kongres tersebut ialah untuk mempersiapkan BM menjadi bahasa rasmi negara yang akan merdeka. Kerajaan menerimanya dengan menyediakan PENYATA RAZAK sebagai perakuan dan langkah bagaimana penyata tersebut dilaksanakan.Ia menjadi asas pelaksanaan  DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN. Itulah kegigihan Datuk Mohd Noor. Hanya guru sekolah rendah kelulusan darjah 6 Sekolah Melayu. Ini tidak bererti kurang kemampuan intelektual dalam menghadapi tentangan zaman. Juga dalam menghadapi puak sekular dan intelektual pro barat yang cenderung kepada BI dalam menimba ilmu.Mereka kurang yakin dengan kemampuan bahasa Melayu bahasa ibunda untuk diangkat tarafnya menjadi bahasa ilmu.

TUNKU DAN CIKGU MOHD NOOR 1

CIKGU MOHD NOOR BERSONGKOK DI SEBELAH KANAN TUNKU ABDUL RAHMAN. DI SEBELAH KIRI BELIAU BERSERBAN TUAN HJ MANSOR JP

Namun beliau kecewa  selepas MERDEKA apabila Dasar Pelajaran Kebangsaan  dilambat lambatka dan hampir tidak berjalan. Persekolahan  menengah Melayu tidak dilaksanakan. Terhenti setakat darjah 6 sahaja.Sama sebagaimana  sebelum merdeka, di mana penjajah Inggeris menyekatnya daripada meningkat ke peringkat sekolah menengah. Sekolah menengah hanya terbuka untuk pengantar Inggeris sahaja. Cikgu Mohd Noor berani memberi kata dua kepada para pemimpin tertinggi UMNO. Jangan mengkhianati keputusan kongres BM dan Dasar Pelajaran Kebangsaan.Mahu atau tidak persekolahan menengah Melayu mesti dimulakan.

Guru guru Melayu yang menjadi tunjang dan jentera penggerak UMNO akan bertindak termasuk keluar daripada UMNO jika Dasar Pelajaran Kebangsaan terhenti sekadar dasar tanpa pelaksanaan. Akibatnya kerajaan memulakan persekolahan menengah Melayu pada tahun 1959. Itu pun selepas UMNO kalah di dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu. Itulah perjuangan dan pengorbanan Datuk Haji Mohd Noor. Beliau telah dipecat   daripada UMNO kerana pendiriannya yang tegas dan jitu demi memartabatkan BM di negaranya.Risiko itu diterimanya dengan tenang.

Sebelumnya semasa kongres BM 1, begitu tinggi kedudukan Cikgu Mohd Noor. Beliau diberi penghormatan meletakkan songkok PENDITA di atas kepala Zaaba seorang tokoh dan pengkaji BM yang paling terkenal pada masa itu .

Di P.Pinang cikgu Mohd Noor Ahmad dapat penghargaan.

PENGHARGAAN BUATNYA IALAH  SEBUAH SEKOLAH DINAMAKAN DENGAN NAMA BELIAU. SEBUAH SEKOLAH  MENENGAH DI GELUGOR TELAH DINAMAKAN DENGAM BELIAU. DINAMAI SEKOLAH MENENGAH   DATUK HAJI MOHD NOOR AHMAD.

penang kini
Jahara
Penang Kini 4 nov 2015  6 jam lalu 

Dato Jahara Hamid dan pembeli unit rumah Taman Sejahtera Indah, Telok Ayer Tawar telah mengadakan sidang akhbar menggesa SPNB – Syarikat Perumahan Negara Berhad untuk menyegerakan penjualan unit rumah berkenaan. Pembeli mendakwa terpaksa bayar hutang bank walaupun kediaman mereka belum siap.
Teruskan membela nasib rakyat!!

jahara 4

Puting beliung atau tornado di P.Pinang.Kejadian baru berlaku sekitar 5-6 jam lalu .Kelihatan jelas daripada pesisir pantai. Apa petandanya adakah kita terdedah kepada serangan taufan tornado di masa kini setelah diserang jerubu baru baru ini. 
taufan 2

penang taufan

Taufan 3